Ola Lola On Landskap Niaga (Radio Interview)

Photobucket

Share our joy! Click to listen or click to read the full interview from www.rsi.sg/malay.

It was an overwhelming experience hearing ourselves on radio. What more our names, and especially ‘Ola Lola‘. Like ting-a-ling music to our ears! 😉 To our non-Malay friends and customers (like Xyd..hee), we’d love to translate every single word from Malay to English for you to comprehend. We probably will…when we find the time to sit down and do it. 🙂 Meanwhile, Ola Lola would like to take this opportunity to thank Saifulbahri Ismail for taking time to interview us.

 

* * * * *

Berbekalkan modal hanya sebanyak 500 dolar, Arfah dan Tini memulakan perniagaan aksesori dan hiasan fesyen mereka. Empat tahun kemudian, usaha niaga tersebut terus dapat bertahan. Sebagai pengusaha muda yang celik dunia IT, mereka menggunakan kelebihan lelaman rangkaian sosial popular seperti Facebook, Multiply dan Friendster untuk mengembangkan perniagaan dan mempromosikan jenama Ola-Lola. Bagaimanakah wadah seperti ini telah merubah cara berniaga? Di Kupas Tuntas – Landskap Niaga kali ini.

“Hanya ada lelaman Ola Lola, mungkin tidak cukup kerana kalau kami tidak mempromosikan barang-barang kami atau aksesori kami di Facebook atau Friendster, mungkin para pelanggan tidak tahu tentang Ola Lola. Kalau bukan kerana Friendster, Multiply, atau Facebook, mungkin Ola Lola itu akan pupus dan tidak aktif di ruang siber.”

Hartini Abdul Ghani, salah seorang daripada pemilik Ola Lola yang berusaha untuk memastikan bahawa lelaman produknya www.ola-lola.com kekal relevan. Pada satu ketika dahulu, ramai konsultan perniagaan menyarankan bahawa mempunyai lelaman di ruang siber adalah antara perkara yang wajib dilakukan sebagai satu strategi perniagaan berkesan. Namun hakikatnya, sebuah tapak lelaman walaupun canggih dan menarik, tidak akan membawa kesan yang diinginkan jika ia terbiar lama begitu sahaja. Para pengusaha kian sedar bahawa mereka perlu melengkapi dan menambah nilai promosi barangan serta jenama perniagaan. Ini boleh dilakukan melalui platform seperti Facebook, Multiply dan Friendster. Dalam era di mana lelaman rangkaian sosial menarik minat warga global, sukar bagi pengusaha yang bijak untuk terus mengenepikannya. Statistik berikutnya menunjukkan mengapa. Lebih setengah daripada pengguna Facebook yang berjumlah 43 juta mengunjungi lelaman itu setiap hari. Di samping itu, setiap pengunjung akan meluangkan masa secara purata 20 minit di dalamnya. Menurut Hartini lagi, menerusi rangkaian sosial di ruang siber ini, beliau telah dapat meluaskan kesedaran jenama Ola Lola kepada ratusan orang, sama ada kenalan ataupun yang tidak dikenali. Pengusaha muda berusia 27 tahun ini menambah usaha tersebut juga telah membantu menarik pelanggan luar negara :

“Dengan lelaman ini kami dapat, audience yang lebih daripada tempatan di Singapura, dan juga di luar negeri seperti US, Bahrain, dan juga Indonesia dan Australia.”

Menurut Comscore, sebuah syarikat pangkalan data yang meninjau bagaimana internet digunakan, rangkaian sosial seperti Facebook masih merupakan forum bagi masyarakat muda. Sekitar 56 peratus daripada penggunanya adalah di bawah 35 tahun. Namun, perangkaan ini sesuai bagi usaha niaga Ola Lola yang lebih menyasarkan pelanggan antara umur 17 hingga 35 tahun, dari para pelajar hingga pekerja wanita berpendapatan sederhana. Selain itu, lelaman rangkaian sosial bukan sahaja menawarkan jaringan kenalan yang luas, malah ia juga merupakan salah satu cara terpantas untuk penyebaran matlumat. Perkara tersebut penting bagi Nur Arfah Octavia Jaffar, seorang lagi rakan milik Ola Lola. Ini di sebabkan beliau tidak mampu meluangkan banyak masa bagi perniagaan ini kerana diusahakan secara sambilan. Beliau kini sedang bekerja dalam bidang pengurusan tenaga manusia, dan temannya Tini pula dalam perhubungan korporat. Arfah yang juga bekas penuntut Politeknik Nanyang menerangkan lebih lanjut tentang cabaran perniagan mereka :

“Di antaranya ialah kesuntukan masa kerana kami mempunyai kerjaya yang tetap. Waktu yang kami ada, adalah mungkin selepas kerja dan juga pada hujung minggu. Selain daripada itu, kami harus juga mengikut trend masa kini yang sering berubah dari masa kesemasa. Untuk mengatasi cabaran ini, kami mengambil keputusan untuk mereka aksesori kami tersendiri yang unik.”

Nur Arfah Octavia Jaffar, pengusaha Ola Lola yang mengendalikan perniagaan aksesori dan hiasan fesyen di internet.

Melihat ke depan, Arfah dan Tini berharap untuk mengembangkan Ola Lola kepada sebuah perniagaan kafe yang menggabungkan penjualan aksesori fesyen jenama yang sama. Sehingga impian tersebut tercapai, mereka akan terus memanfaatkan wadah teknologi seperti lelaman rangkaian sosial sebagai salah satu strategi promosi dan pemasaran, yang pada zaman ini sukar untuk diketepikan oleh sebuah perniagaan.

Sekian Kupas Tuntas – Landskap Niaga. Anda boleh memuat-turunkan rancangan ini melalui podcast di www.rsi.sg/malay.

Saya Saifulbahri Ismail, dari Radio Singapura Internasional bagi ehwal semasa Radio MediaCorp mengucapkan salam hormat.

* * * * *

12 comments